suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Anak Perempuan Suspek Kes Bunuh Tapah Diletak Di Bawah Perlindungan JKM

Dua anak perempuan kepada pasangan suspek kes bunuh di Tapah di bawa ke mahkamah majistret di Tapah pada Khamis.

TAPAH: Mahkamah Majistret di sini Khamis memerintahkan dua anak perempuan suspek utama kes pembunuhan kejam sekurang-kurangnya empat mangsa di sebuah bengkel kenderaan di Tapah diletak di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  

Majistret, Nurul Nadia Abdul Razak mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan JKM bagi melindungi dan menempatkan anak suspek yang berusia 11 tahun di JKM Kuala Kangsar dan 23 tahun di JKM Ipoh. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliaw berkata, JKM memohon perintah perlindungan itu selepas polis merujuk kedua-dua anak suspek kepada agensi berkenaan.

Beliau berkata, suspek utama dan tiga lagi anggota keluarganya akan dibawa ke mahkamah pada Jumaat pagi untuk tindakan lanjut susulan tempoh reman mereka berakhir Jumaat.

Katanya, polis akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu. - Bernama


Artikel Lain