PAS Kesal Peserta Bersih Pijak Gambar Pemimpin - Mohd Amar - Semasa | mStar

PAS Kesal Peserta Bersih Pijak Gambar Pemimpin - Mohd Amar

BACHOK: PAS melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram Bersih 4 yang didakwa memijak gambar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina Abdul Hadi.

"Kalau betul benda itu berlaku, bukan edit (disunting) maka memang tak sepatutnya berlaku. Gambar siapa-siapapun, terlebih lagi pemimpin tak sepatutnya kita hina, itu pendirian kitalah.

"Bukan setakat pemimpin PAS, mana-mana pemimpin pun. Kita sendiri pun tak pernah pijak gambar pemimpin (lain) walaupun kita berlawan dengan Umno atau siapa (pemimpin parti) pun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok di sini.

Mohd Amar mengulas tindakan peserta Bersih 4 yang menjadi viral di media sosial selepas didakwa memijak gambar Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata penyertaan peserta Melayu dalam perhimpunan Bersih kali ini berkurangan apabila PAS tidak terlibat secara aktif berbanding beberapa siri perhimpunan itu sebelum ini.

"Tapi pendirian PAS, kita tak arah dan tidak larang (anggota parti untuk sertai Bersih 4). Mereka (anggota parti) yang pergi atas (kapasiti) individu, bukan atas (arahan) parti," katanya.

PAS menarik diri daripada menyertai perhimpunan berkenaan selepas memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini.-- Bernama

PAS , Bersih , Mohd Amar Nik Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain