suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Ditahan Sertai Perhimpunan Bersih Di Sungai Petani

Sebahagian peserta perhimpunan Bersih di Sungai Petani, hujung minggu lalu.

SUNGAI PETANI: Polis menahan 11 individu memakai baju Bersih 4 pada perhimpunan haram itu di Dataran Zero Kilometer, di sini, Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kesemua individu yang ditahan itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia lingkungan 17 hingga 48 tahun.

"Mereka ditahan di sekitar kawasan dataran, enam daripada mereka ditahan pada pukul 9.15 malam, manakala selebihnya ditahan pada pukul 9.30 malam," katanya kepada Bernama, Isnin.

Katanya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan telah dibawa ke balai sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.-- Bernama

Bersih, Sungai Petani

Artikel Lain