Kerajaan Berpendapat Portal Berita Perlu Didaftar - Semasa | mStar

Kerajaan Berpendapat Portal Berita Perlu Didaftar

PUTRAJAYA: Portal berita dalam talian mungkin perlu didaftar di bawah pindaan undang-undang siber yang akan dibentang pada Oktober.

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kementerian itu kini sedang mengkaji beberapa model termasuk yang diamalkan di Singapura.

"Saya telah bertemu pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) untuk mengkaji cadangan ini.

"Kami juga melihat aspek struktur SKMM dan pindaan tersebut untuk menangani isu-isu seperti pornografi, perjudian dalam talian dan ancaman Negara Islam (IS).

"Ini dilakukan demi kepentingan negara," kata Dr Salleh dalam temu bual eksklusif bersama The Star pada Rabu.

Beliau memberitahu, perubahan itu akan memberi kuasa kepada SKMM untuk menyekat laman web yang dianggap sebagai "ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara".

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menyekat penggunaan media sosial.

"Kita tidak boleh memantau setiap pengguna media sosial. Jika ada aduan dan terdapat asas untuk itu, kita akan tengok balik," jelasnya.

Sambil menegaskan bahawa cadangan pindaan undang-undang siber tidak disebabkan oleh isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau berkata: "Ia tiada kaitan dengan itu. Kami mahu pindaan menyeluruh. Undang-undang ini telah diperkenalkan pada 1998, dan sejak itu, terdapat banyak perkembangan.

"Kita mesti mengambil kira perkembangan ini. Banyak negara juga meminda undang-undang siber mereka untuk memastikan media sosial tidak membawa masalah, " menurut Dr Salleh.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan mengenai perancangan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Apa yang kami ingin lakukan adalah untuk memperbaiki pindaan dalam mesyuarat Parlimen akan datang bagi mengukuhkan media sosial tetapi pada masa yang sama, dapat mengawal keadaan," katanya.

Bagi laman web Sarawak Report yang disekat ketika ini, Dr Salleh berkata, tidak ada keputusan untuk menarik balik larangan itu.

SKMM , Kerajaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain