Barisan Kabinet Baharu Diharap Mampu Bawa Aspirasi Rakyat - Semasa | mStar

Barisan Kabinet Baharu Diharap Mampu Bawa Aspirasi Rakyat

Barisan kabinet (dari kiri) Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin menandatangani surat cara pelantikan selepas melafaz angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada Rabu. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam diharap akan membawa harapan rakyat, beraspirasikan nilai masyarakat dan prihatin serta peka dengan masalah semasa.

Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata kabinet baharu yang dibentuk itu haruslah mampu membantu Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama pada saat kedudukan ekonomi global yang sukar serta wujudnya pelbagai isu dan polemik politik semasa.

"Kabinet baharu ini diharap dapat menjadi enjin bukan sahaja kepada pengurusan negara bahkan menjadi satu kumpulan pengurusan yang membawa kepada pengekalan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu yang juga Naib presiden Umno yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Umno lepas, diharap dapat memainkan peranan sebagai jambatan aspirasi kerajaan dengan masyarakat," katanya.

Dalam pengumuman senarai anggota kabinet baharu itu portfolio Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil alih Ahmad Zahid yang juga kekal memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.

Pengumuman rombakan Kabinet yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen itu turut menyaksikan lima orang digugurkan dan tujuh dilantik menteri baharu.

Mengulas lanjut, Shukri berkata keberanian Najib sebagai ketua kabinet dalam mengadakan kejutan rombakan ketika ini adalah penunjuk bahawa beliau akan terus ke hadapan dan tidak akan berundur.

"Saya yakin bahawa apa yang dilakukan Najib adalah dengan matlamat membina kumpulan pengurusan yang boleh bekerja bersama beliau bagi menguruskan negara dan membawa perspektif baru imej kerajaan BN di mata masyarakat awam termasuk di peringkat antarabangsa.

"Terdapat juga elemen baru yang dibawa Najib dalam penstrukturan semula kabinet dengan melantik tokoh berwibawa dalam bidang khusus.Selain untuk membantu menyiapkan negara menghadapi kemungkinan krisis ekonomi global, anggota serta pemimpin Umno dan BN diharap berlapang dada untuk menerima kumpulan pengurusan transformasi baharu Najib ini," katanya.

Barisan kabinet baharu itu melibatkan 25 kementerian dan 37 orang menteri berbanding 24 kementerian dan 32 menteri sebelum ini.

kabinet baharu , BN , Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.