suria

Rafizi Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Bangkit Kemarahan Ahli Umno

Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli untuk membela diri atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa sengaja memecahkan keamanan awam di sebuah akhbar.

Hakim Azwarnida Affandi berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau menetapkan 20 Ogos depan untuk perbicaraan kes.

Pada 28 Ogos tahun lalu, Rafizi didakwa dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli Umno melalui artikel bertajuk “Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?" dengan niat memecahkan keamanan awam.

Beliau berdepan hukuman penjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Persekutuan menetapkan mana-mana wakil rakyat akan hilang kelayakan jika didenda lebih RM2,000 atau penjara melebihi tempoh setahun.

Rafizi diwakili Eric Paulsen.

Rafizi Ramli, bela diri

Artikel Lain