suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Kebakaran berlaku di tingkat sembilan dan 10 Bangunan Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini petang Rabu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang.

"Tingkat sembilan adalah bahagian Jabatan Narkotik, manakala tingkat sepuluh adalah Jabatan Siasatan Jenayah," katanya.

Jurucakap bomba dan penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran itu dipadamkan sepenuhnya pada 7.47 malam Rabu.

Sebanyak 24 anggota bersama empat jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa terbabit dalam operasi itu.

"Kebakaran itu melibatkan buku di tingkat 10 bangunan itu,"katanya.


Artikel Lain