suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB: Individu Keempat Ditahan

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas yang menyiasat kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menahan individu keempat bagi membantu siasatan.

Individu terbabit tiba pada 10.15 pagi Sabtu di Mahkamah Majistret di sini diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman membenarkan individu berkenaan ditahan reman selama empat hari walaupun SPRM memohon supaya tempoh reman adalah selama tujuh hari.

Seorang jurucakap SPRM berkata individu terbabit ditahan pada pukul 7 pagi Jumaat di Ibu Pejabat SPRM.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM berhubung dakwaan rasuah.


1MDB, SPRM

Artikel Lain