suria

Suspek Bunuh Juruaudit Malindo Air Direman Seminggu

Ariff Huzayr Mohamed Nor Arif, 17, (kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga sewaktu menunggu di perkarangan rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menuntut jenazah ibunya, Suraiza Hamzah, 46, yang mati dipercayai dibunuh oleh suaminya di Taman Tun Dr Ismail malam Isnin. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes bunuh juruaudit Malindo Air, Suraiza Hamzah, yang ditemui mati di kediamannya pada Isnin malam, ditahan reman selama seminggu bermula Selasa bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata, lelaki itu yang dipercayai saudara terdekat Suraiza, 46, ditahan oleh anggota peronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam selepas mangsa ditemui mati.

"Perintah tahanan reman telah diperoleh hari ini, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Menurutnya, objek tumpul yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa juga ditemui pada Selasa dan dihantar ke Makmal Forensik untuk membantu siasatan.

Mayat Suraiza dijumpai di ruang tamu rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 7.30 malam oleh anak lelakinya berusia 17 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain