suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengawal Keselamatan Meninggal Dalam Kereta

KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan didapati meninggal dunia di dalam kereta di tapak pembinaan di Lembah Sireh di sini, Selasa.

Hanafi Zakaria, 54, ditemui isterinya Sakirah Hassan, 48, kira-kira pukul 11 pagi. 

Anak sulung mangsa Norma, 34, berkata, bapanya keluar rumah selepas subuh untuk ke tempat kerjanya.

"Mak berasa tidak sedap hati selepas ayah tidak menjawab panggilan telefonnya. Mak lalu pergi ke tempat kerja ayah dan mendapati ayah tidak sedar diri di dalam keretanya," katanya kepada Bernama.

Norma berkata, bapanya sering sesak nafas akibat sakit jantung sejak beberapa tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Setapa Yusof menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain