suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KDN Terima Jawapan Surat Tunjuk Sebab The Edge

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima jawapan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada The Edge Media Group berhubung laporannya mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Hashimah Nik Jaafar berkata, jawapan berkenaan telah diterima dan sedang diteliti.

Seorang lagi pegawai ketika dihubungi berkata, KDN akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dalam waktu terdekat.

KDN pada 1 Jun lalu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar bisnes The Edge Financial Daily berhubung laporannya mengenai 1MDB.

Pada Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong patut bertanggungjawab di atas laporan akhbarnya yang tidak betul mengenai 1MDB.

“The Edge dan pemiliknya, Tong Kooi Ong harus bertanggungjawab kerana menerbitkan laporan yang tidak tepat dan betul mengenai apa yang berlaku dalam 1MDB. The Edge sepatutnya mengesahkan dahulu fakta-fakta yang diterimanya sebelum menerbitkannya,” kata Zahid.

Zahid berkata, Sarawak Report merupakan punca maklumat yang tidak betul mengenai 1MDB diperolehi dan fakta tidak betul ini kemudiannya digunakan oleh akhbar The Edge dan beberapa media lain dalam laporan mereka.

1MDB pula membidas akhbar berkenaan kerana menyiarkan pelbagai dakwaan dan kenyataan tidak berasas.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain