suria

Pengurus Stesen Dalang Palsukan Emel, Dokumen - Sarawak Report

PETALING JAYA: Sarawak Report mempertikaikan kenyataan Lester Melanyi berkaitan pakar reka bentuk laman web yang dinamakannya memalsukan emel dan dokumen berkaitan 1MDB.

Ia berkata, dalang utama yang dinyatakan Melanyi adalah pengurus kanan sebuah syarikat bas di England.

Menerusi bahagian kedua video pendedahan itu, bekas pengarang Sarawak Tribune itu mendakwa James Steward Stephen bekerja sambilan dengan Bruno Manser Fund (BMF) dan memalsukan dokumen atas arahan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Rewcastle-Brown berkata, gambar yang ditunjukkan menerusi video Melanyi adalah James Steward, pengurus kanan syarikat bas Abellio yang berpangkalan di Norwich.

Beliau berkata, gambar itu diperoleh daripada laman web RailFuture di mana Steward memberi ceramah berkaitan kepakarannya dalam laluan bas di timur England.

Pemeriksaan The Star Online mengesahkan gambar itu daripada laman web itu dan Steward bekerja di Abellio Greater Anglia, syarikat operasi kereta api.

Rewcastle-Brown mendakwa Sarawak Report menghubungi Steward dan pasukan Abellio, di mana mereka "tidak senang dengan tuduhan Melanyi".

Beliau juga menuduh Melanyi sebagai menyimpang daripada maksud asal apabila pengakuannya menerusi video itu menggambarkan warga Switzerland, Xavier Justo sebagai seorang yang mudah disenangi dan tidak akan mengusik sebarang dokumen.

Melanyi turut mendakwa bertemu Justo di London bersama Rewcastle-Brown.

Sarawak Report, Lester Melanyi, 1MDB

Artikel Lain