suria

Malaysia Perlu Jadikan Bahasa Inggeris Keutamaan - Nazir Razak

Nazir Razak

PETALING JAYA: Penguasaan berbahasa Inggeris perlu menjadi keutamaan kerana kedudukannya sebagai medium komunikasi global, kata Datuk Seri Nazir Razak.

"Inggeris adalah bahasa global dan negara ini sepatutnya mengisytiharkan kemahiran berbahasa Inggeris sebagai keutamaan," kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Komen itu disusuli bersama imej daripada artikel yang dimuatnaik Nazir.

"Ia merupakan kelebihan tradisi yang semakin pantas hilang di kalangan tenaga kerja kita; kita mesti terbalikkan kemerosotan ini sekarang. (Dan tidak, ia tidak bermakna kita perlu abaikan Bahasa!)," kata Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut artikel yang disertakan, pengeluar kereta Honda merancang untuk menukarkan bahasa korporat asli syarikat itu daripada Jepun kepada Inggeris menjelang 2020.

Langkah ini bagi memperbaiki komunikasi dengan pasaran antarabangsa Honda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain