suria

Bekas Exco Perlis Meninggal Dunia

Loh Yoon Foo

PADANG BESAR: Bekas anggota exco Perlis, Datuk Loh Yoon Foo, 70, meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Khamis.

Menurut isterinya, Datin Ong Kim Leng, 67, suaminya meninggal kira-kira pukul 5.55 pagi di hadapan beliau dan anak-anak mereka setelah menjalani rawatan tulang som-som sejak sebulan lalu.

Beliau berkata suaminya menghidap penyakit tulang som-som lebih satu setengah tahun lalu dan kerap berulang-alik dari rumah mereka di Kaki Bukit di sini ke hospital tersebut.

Mayat mendiang dibawa ke rumah mereka di Jalan Pekan Sayur, Kaki Bukit pukul 6.30 petang semalam dan akan diuruskan di Rumah Pembakaran Mayat Pokok Sena, Alor Setar, Kedah pada pukul 10 pagi Isnin ini.

Yoon Foo pernah memegang jawatan pengerusi perhubungan MCA Perlis, anggota dewan undangan negeri Titi Tinggi dan jawatan exco selama dua penggal.-- Bernama 


Loh Yoon Foo, tulang som-som, Perlis, MCA

Artikel Lain