suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAS, AirAsia Batal Penerbangan Keluar, Masuk Bali

Pelancong asing di Bali menunggu maklumat terkini berhubung jadual penerbangan susulan meletusnya gunung berapi Raung di Jawa Timur.

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia mengumumkan pembatalan kesemua penerbangan keluar, masuk bagi Denpasar, Bali di Indonesia berikutan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai akibat debu gunung berapi Raung di Jawa Timur.

Bagi AirAsia, ia turut membabitkan penerbangan bagi Lombok.

Menurut laman web syarikat penerbangan nasional itu, pihak MAS akan terus memantau keadaan dan memberikan sebarang maklumat yang dikemaskini.

"Pelanggan diminta merujuk status penerbangan masing-masing di www.malaysiaairlines.com atau telefon 1300-33-1313 sebelum bergerak ke lapangan terbang.

"Aspek keselamatan sememangnya menjadi satu keutamaan untuk Malaysia Airlines," katanya.

Sementara itu, AirAsia dalam satu kenyataannya berkata penerbangan keluar  keluar, masuk Lombok dibatalkan kerana penutupan lapangan terbangnya kepada  semua pengangkutan udara.

Menurut laporan berita, lapangan terbang lain yang turut ditutup termasuk di Jember dan Banyuwangi, juga disebabkan debu gunung berapi itu yang menjejaskan penglihatan serta isu berkaitan.-- Bernama


Raung, Denpasar, MAS, AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain