Pakar Kesihatan Gesa Orang Awam Main Peranan Basmi Denggi - Semasa | mStar

Pakar Kesihatan Gesa Orang Awam Main Peranan Basmi Denggi

Dr Subramaniam (tengah) meninjau timbunan sampah berhampiran rumah pangsa di Taman Taming Jaya, Balakong. Bersama beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kiri).
PETALING JAYA: Musim panas yang berterusan akan menyebabkan peningkatan dalam kes denggi kerana ia merupakan satu keadaan sempurna untuk pembiakan nyamuk,  pakar-pakar kesihatan memberi amaran.

Pengarah Operasi  Persatuan Integrasi Profesional Perubatan Malaysia (Mimpa) Dr Muhamad Hazizi Muhamad Hasani, berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan denggi.

Beliau berkata musim panas yang berpanjangan, ditambah pula dengan hujan selama beberapa hari menggalakkan lebih banyak nyamuk membiak di kawasan air bertakung.

"Dengan keadaan seperti itu, ia boleh membiak dan menjadi lebih aktif. Bahkan boleh terbang dua kali lebih jauh, " katanya, Selasa.

Beliau berkata kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk memerangi peningkatan kes denggi selain pihak berkuasa memulakan beberapa usaha untuk membendung penyebarannya.

"Apabila pihak berkuasa menjalankan 'fogging', ramai yang tidak bekerjasama. Sesetengah daripada mereka tidak membenarkan pegawai menyemburnya di dalam rumah mereka kerana mereka fikir ia akan merosakkan perabot dan mereka tidak suka baunya, "katanya.

Pengarah Pusat Sehenti Denggi (DISC) Dr A. Mahesh berkata terdapat beberapa sebab mengapa masalah ini meningkat.

Pihak berkuasa telah meningkatkan langkah-langkah dan juga turun padang untuk memantau keadaan, katanya.

"Kita tidak boleh terus menyalahkan kementerian atau pihak berkuasa tempatan. Orang ramai juga perlu membantu.

"Mereka perlu mengambil inisiatif untuk membersihkan rumah-rumah mereka dan memastikan bahawa tidak ada tempat untuk nyamuk membiak.

"Outdoor Residual Spray telah diperkenalkan untuk mengawal pembiakan nyamuk dan ini adalah antara inisiatif yang sedang dijalankan," katanya.

Presiden Mimpa Dr S. Dhesi Baha Raja berkata sikap acuh tak acuh di kalangan rakyat adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada masalah denggi.

"Ia melibatkan kebersihan persekitaran dan alam sekitar, dan pihak berkuasa tempatan perlu memastikan saliran dan sistem sampah dijaga dengan betul," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata orang ramai perlu bertanggungjawab.

"Kesedaran sivik mesti dipupuk untuk mencegah penyebaran denggi.

"Kita perlu memastikan persekitaran kita bersih.

"Jika orang ramai mengambil serius aspek kebersihan dan menyemainya dalam kehidupan mereka, saya fikir kita boleh mengawal penyebaran penyakit terutama denggi," katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman rumah pangsa di Taman Taming Jaya, Balakong, Cheras.
demam denggi , aedes , Mimpa , Disc

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain