suria

244 Kawasan Di Hulu Langat Dan KL Alami Gangguan Bekalan Air

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual di 244 kawasan di Hulu Langat dan Kuala Lumpur, dijangka pulih sepenuhnya Rabu ini, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Dalam kenyataan di sini malam Isnin, Syabas berkata, gangguan itu disebabkan kerosakan pam air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Hulu Langat, pada Ahad.

"Kerosakan itu dikesan pada pukul 3 petang dan pihak operator LRA iaitu Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat untuk dibekalkan kepada sebanyak 402,333 pintu rumah di kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu.

Di Kuala Lumpur, antara kawasan yang terjejas ialah Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya, Taman Bukit Hijau, Taman Connaught, Desa Tun Razak, Bandar Tun Razak, Taman Jaya, Taman Mulia, TUDM Sungai Besi, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Chan Sow Lin, Jalan San Peng, Taman Cheras Utama, Taman Pandan Perdana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Mewah dan Taman Lembah Maju.

Di Hulu Langat, antara kawasan yang terjejas ialah kawasan Perindustrian Balakong, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama Seri Kembangan, Taman Bukit Belimbing, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Prima, Taman Kajang Mulia, Taman Kajang Prima, Taman Kajang Ria, Taman Seri Damai, Taman Villa Height, Taman Restu, Taman Saga Emas, Taman Sri Antan dan Indah Jaya. 

Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS atau melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini.

Syabas

Artikel Berikut

Artikel Lain