suria

Tidak Adil Tuduh Bapa Saya - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempertahankan bapanya yang dituduh di sebalik dakwaan terhadap Perdana Menteri membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Besar Kedah itu berkata, tidak timbul bapanya menyeleweng, mengubah fakta mahupun mengedit emel.

"Ia merupakan satu tuduhan dan dakwaan yang sangat tidak adil. Paling terbaharu adalah mengenai dakwaan bahawa bapa saya terlibat dengan (Xavier Andre) Justo dalam yang dikatakan sebagai dalang menukar dokumen-dokumen ini," katanya.

"Kalau ada yang mengatakan adalah satu dakwaan tidak berasas untuk menuduh pucuk pimpinan parti, maka samalah juga tidak adil kalau membuat dakwaan-dakwaan yang tidak adil terhadap bapa saya," katanya pada majlis buka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam Ahad.

Satu video yang menyiarkan ucapannya dimuat naik di YouTube oleh seorang pengguna bernama minaq jingo pada Isnin.

Tun Dr Mahathir Mohamad sering membuat kritikan terhadap Najib berhubung dakwaan mengenai 1MDB.

Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan bahawa Dr Mahathir terlibat dalam "pembohongan terbaharu" selepas media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sebanyak AS$700 JUTA (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Mukhriz berkata, Umno sepatutnya bergabung walaupun ketika sedang berhadapan dengan masalah.

"Apa yang kita mahu adalah kebenaran. Saya tidak ragu-ragu dari segi kesetiaaan saya untuk pucuk pimpinan. Persoalan yang dibangkitkan perlu juga dijawab supaya kita tahu apa yang kita sokong," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain