suria

WWA 2015 Tampil Produk Kraf Eksklusif Sempena Aidilfitri

PETALING JAYA: Warna Warni Aidilfitri (WWA) 2015 menampilkan pelbagai produk seni kraf tempatan eksklusif untuk hiasan dalaman rumah menjelang sambutan Aidilfitri.

Kali ini, hampir 300 usahawan tempatan menyertai WWA dengan masing-masing mengetengahkan sentuhan istimewa untuk setiap produk yang dihasilkan.

Umumnya aktiviti seperti ini mampu memberi galakkan kepada usahawan tempatan dalam memasarkan produk kraf seperti batik canting, tekap dan skrin, anyaman buluh, rotan dan mengkuang boleh dijadikan perhiasan sempena Aidilfitri ini.

Produk-produk ini menjadi kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia kerana kebanyakkan rekaannya adalah eksklusif.

Pelbagai aktiviti yang akan diadakan di WWA 2015 seperti jualan kraf, pameran dan jualan produk kraf Aidilfitri, pameran produk kraf warisan, serta banyak lagi.

WWA 2015 akan berlangsung sehingga 13 Julai dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay di ibu negara.








WWA, kraf, Aidilfitri

Artikel Lain