suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bau Gas Dalam Bank, Pekerja Sesak Nafas

BUTTERWORTH: Empat orang pekerja wanita sebuah bank di Taman Selat di sini mengalami sesak nafas dan pedih mata dipercayai akibat terhidu gas di dalam bank itu pagi Isnin.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, M.Vijayan berkata pihak ambulans dari Hospital Seberang Jaya telah memberi rawatan kepada mereka.

Beliau berkata namun kebocoran gas didapati tidak berlaku di bank itu dan premis lain di sekitarnya.

"Kemungkinan kebocoran gas itu dari sumber luar iaitu premis agak jauh dari kawasan berkenaan dan angin membawanya hingga ke sini," katanya di tempat kejadian.

Seorang pekerja bank, Zuraida Ramli berkata ketika sedang bertugas, secara tiba-tiba beliau terbau gas dan matanya mulai pedih.

"Mula-mula kami ingatkan gas itu berpunca daripada penyaman udara, lalu kami tutupnya, tetapi bau itu masih ada dan beberapa lagi staf turut pedih mata dan merasa loya," katanya.

Bank

Artikel Lain