suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DAP-PKR Panggil Mesyuarat Tergempar Di Parlimen

Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PETALING JAYA: DAP dan PKR memanggil satu mesyuarat tergempar di Parlimen untuk menilai tahap keyakinan orang ramai terhadap Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menjemput Ahli Parlimen dari pelbagai parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertai mesyuarat yang akan diadakan pada tengah hari Selasa.

Beliau berkata mesyuarat itu diadakan untuk memikirkan tindakan seterusnya berikutan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Nampaknya ada beberapa asas kepada dakwaan serius dalam WSJ, kini Peguam Negara mengesahkan telah melihat dokumen tersebut dan pihak berkuasa menyerbu tiga buah syarikat," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata walaupun laporan penuh daripada semua agensi kerajaan terlibat masih belum lengkap, orang ramai perlu bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan mesyuarat Ahli Parlimen dan NGO diadakan pada Sabtu.

Lim mendakwa pengesahan peguam negara berhubung dokumen dari siasatan kerajaan telah mengubah karakter dakwaan terhadap Perdana Menteri.

"Dengan pengesahan peguam negara, dakwaan WSJ terhadap Najib menjelma menjadi karakter yang lebih serius," dakwa Lim.

Artikel Lain