suria

26 Sehelai Sepinggang Akibat Kebakaran Kampung Malaysia

Kebakaran yang memusnahkan kediaman yang didiami empat keluarga di Kampung Malaysia, Jumaat malam.

PETALING JAYA: Sebuah kediaman yang didiami empat keluarga di penempatan setinggan terawal di ibu negara, Kampung Malaysia hangus dalam kebakaran mengakibatkan 26 orang kini tinggal sehelai sepinggang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam pada Jumaat itu, semua mangsa di Jalan 13/141 itu terselamat.

Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, tiga jentera dari Balai Bomba Bandar Tun Razak, Sungai Besi dan Jalan Hang Tuah berjaya mengawal api dalam masa 20 minit.

"Mangsa termasuk warga Indonesia berusia 45 tahun berstatus Penduduk Tetap kini ditempatkan di dewan oang ramai berdekatan.

"Keterangan mereka akan direkodkan, ketika ini mangsa masih dalam keadaan trauma," katanya pada Sabtu.

Menurut saksi, kebakaran berpunca daripada penyaman udara di salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Kami sedang mengesan pemilih kediaman itu untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain