suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Lenggeng Diisytihar Muflis

Ishak Ismail.
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berusia 64 tahun itu diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu selepas gagal menyelesaikan tunggakan hutang dari ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.

Ketika dihubungi, Ishak mengesahkan perkara itu.

Namun, Ishak berkata beliau hanya menerima perintah mahkamah itu pada 27 April lalu.

"Peguam saya menghantar permohonan untuk mengetepikan keputusan tersebut dan ia akan didengar di Mahkamah Tinggi pada Khamis," katanya.

Beliau memberitahu diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin kepada seorang kontraktor yang membuat pinjaman dari Misran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata status Ishak sebagai Adun kekal sehingga rayuannya didengar.

Adun Lenggeng, Ishak Ismail, muflis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain