MIC Sokong Penuh Najib Terus Pimpin Negara - Subramaniam - Semasa | mStar

MIC Sokong Penuh Najib Terus Pimpin Negara - Subramaniam

Dr S.Subramaniam.

IPOH: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti itu menyokong penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara.

"Kepimpinan Perdana Menteri perlu diteruskan bagi memastikan negara terus kekal pada haluan pembangunan untuk menjadi sebuah negara maju," kata Dr.
Subramaniam.

MIC menghargai usaha luar biasa Najib, kata beliau. 

Menteri Kesihatan itu berkata Najib telah melakukan pelbagai transformasi dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan masyarakat India.

Dr. Subramaniam berkata menerusi transformasi tersebut, banyak perubahan yang berlaku sekaligus meletakkan masyarakat India di barisan hadapan bersama masyarakat lain dalam pembangunan negara.

"Kita telah membawa masyarakat India ke satu tahap yang lebih baik dan penekanan terhadap dua aspek ini berjaya mengeluarkan mereka daripada masalah ekonomi dan pendidikan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Sambutan 25 tahun MIC Bahagian Ipoh Barat yang dihadiri kira-kira 1,000 anggota daripada 48 cawangan pada Ahad.

Dr Subramaniam berkata Najib telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India yang menjadi agensi untuk menangani pelbagai perkara yang berkaitan dengan masyarakat India. 

"Di samping itu, (disediakan) peruntukan sebanyak RM610 juta untuk sekolah Tamil, penambahan kuota pelajar India di peringkat matrikulasi dan politeknik, peruntukan keperluan khas untuk kuil serta lebih 4,000 masyarakat India mendapat status kerakyatan," katanya.

Najib Tun Razak , MIC

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain