suria

Kes Budak Lelaki Diliwat Meningkat

- Gambar hiasan
MELAKA: Beberapa kumpulan berkepentingan di sini menyatakan kebimbangan yang timbul ekoran kes seorang budak lelaki yang mendakwa diliwat oleh pemandu bas sekolahnya.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Parents in Education (Magpie) Mak Chee Kin berkata beliau telah menerima maklumat mengenai kes-kes serangan seksual seperti itu.

"Para pelaku kebanyakannya terdiri daripa mereka yang diamanahkan untuk menjaga kanak-kanak.

"Malangnya, mereka mengambil kesempatan dengan melakukan serangan seksual terhadap mereka yang tidak bersalah," katanya.

Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun membuat laporan polis, mendakwa anaknya mengadu sakit di dubur, selain menggambarkan apa yang telah dilakukan oleh seorang pemandu bas kepada anaknya pada 13 Mac.

Chee Kin juga memetik kes kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari Gadek yang mendakwa dia diliwat oleh ayah tirinya berusia 52 tahun pada 3 Mac.

Difahamkan bahawa ibunya berusia 39 tahun telah membuat laporan polis di Alor Gajah.

Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Kebangsaan 1Malaysia RA Saravana Theertha berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati bahawa terdapat peningkatan membimbangkan dalam kes kanak-kanak lelaki diliwat.

Memetik statistik polis, beliau berkata terdapat 238 laporan melibatkan mangsa lelaki di seluruh negara tahun lepas berbanding 213 pada 2013 dan 172 pada tahun 2012.

Saravana menekankan kes di Sungai Sebauh di Bintulu, Sarawak di mana seorang budak lelaki berumur 10 tahun mendakwa diliwat oleh seorang rakan keluarganya pada 1 Mac.

Pada 1 Mac, seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dari Raub, Pahang cedera didakwa diliwat, selain dipaksa melakukan seks oral terhadap dua jirannya ketika ibu bapanya keluar bekerja.

Beliau berkata, pada 7 Mac, penceroboh masuk ke dalam bilik asrama pelajar berusia 12 tahun di Taiping, Perak sebelum didakwa menyerang dan meliwat.

Pada Disember 2013, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Rasa, Selangor mendakwa diliwat oleh jirannya.

"Pasukan kami juga mendapati satu kes di Taman Pelangi, Johor Baru di mana seorang budak lelaki berumur 19 tahun mendakwa diliwat oleh tiga lelaki di dalam tandas sebuah stesen bas pada Disember 2013," katanya.

Artikel Lain