Zainal Abidin Diminta Kemuka Butiran 34 Projek TP1M Di Pulau Pinang - Semasa | mStar

Zainal Abidin Diminta Kemuka Butiran 34 Projek TP1M Di Pulau Pinang

Jagdeep menunjukkan kenyataan Zainal Abidin di akhbar The Star mengenai 16 projek diluluskan di bawah TP1M pada 2012, 2013 (lima) dan 13 projek pada 2014 melibatkan peruntukan sebanyak RM10.23 juta.

GEORGE TOWN: Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman diminta mengemukakan butiran terperinci 34 projek yang telah diluluskan di bawah Tabung Penyelenggaran 1Malaysia (TP1M) sejak 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar Negeri Jagdeep Singh Deo berkata butiran itu perlu dikemukakan kerana jumlah itu tidak sama dengan jumlah direkodkan Pesuruhjaya Bangunan di bawah  Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

"Terdapat dua projek diluluskan pada 2013 dan 13 projek pada 2014 dengan kos dari RM96,100 hingga RM1.9 juta yang turut melibatkan sumbangan kerajaan negeri antara 10 dan 30 peratus," katanya pemberita selepas majlis pelancaran Pameran Hartanah Malaysia yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, Sabtu. 

Katanya menurut rekod MPPP dan MPSP, juga terdapat 129 projek tidak diluluskan dalam tempoh berkenaan dan meminta Zainal Abidin menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata pihaknya menerusi MPPP dan MPSP pernah menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi meminta perkembangan permohonan pelbagai projek yang dibuat di Pulau Pinang menerusi TP1M pada Februari tahun lepas. 

"Dalam surat berkenaan saya juga merayu supaya permohonan tertangguh yang masih belum diluluskan supaya diluluskan dengan cepat tanpa sebarang kelewatan lagi kerana ia melibatkan projek kritikal," katanya. 

Jagdeep berkata bagaimanapun kerajaan negeri tidak pernah dimaklumkan mengenainya walaupun beberapa surat permohonan susulan telah dibuat beberapa kali dengan yang terbaru pada 16 Januari lepas.

Zainal Abidin dalam kenyataan akhbar pada 16 Feb lepas berkata sebanyak 16 projek diluluskan di bawah TP1M pada 2012, 2013 (lima) dan 13 projek pada 2014 melibatkan peruntukan sebanyak RM10.23 juta.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!