suria

Ahli Kumpulan Pengganas Tiada Sasaran Tertentu Di Australia

Salah seorang ahli kumpulan militan (depan) tiba di KLIA dari Australia Khamis lalu.

KUALA LUMPUR: Tiga orang rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan militan Negara Islam (IS) tidak mempunyai sasaran tertentu di Australia.

Walaupun masih terlalu awal untuk dipastikan, siasatan awal mendapati mereka bertiga (seorang ketua pengganas dan pasangan suami isteri) tidak menunjukkan terdapat sebarang sasaran di sana.

"Pihak berkuasa tidak menemui apa-apa sasaran khusus di Australia.

"Buat masa ini, agensi-agensi perisikan percaya mereka (pengganas) telah menggunakan Australia sebagai transit," kata sumber kepada The Star pada Jumaat.

Satu lagi sumber berkata, siasatan turut dijalankan di Australia dan Malaysia bagi mencari individu lain yang dikaitkan dengan mereka bertiga.

"Ia mengambil masa untuk mewujudkan cara operasi dijalankan bagi menghantar militan ke Syria dan Iraq melalui Australia.

"Agensi-agensi berkaitan sedang melihat dengan teliti untuk mengetahui sejauh mana operasi keganasan di Australia," kata sumber itu.

Ditanya sama ada terdapat apa-apa kaitan  keganasan dan insiden tebusan di Sydney baru-baru ini, sumber berkata pihak berkuasa belum menemui sebarang keitan.

Jelas sumber, kumpulan keganasan pada mulanya merancang pergi ke Melbourne untuk menyediakan rangkaian pada 29 September lalu.

"Ia masih tidak jelas sama ada mereka turut  pergi ke bandar-bandar atau negeri-negeri lain di Australia," kata sumber berkenaan.

The Star sebelum ini melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia yang disyaki mengetuai mililitan IS ditahan di Australia selepas Operasi 'Down Under' selama tiga bulan.

Bekas penyelia kilang berusia 29 tahun telah berada di negara itu sejak 29 September lalu bahkan bekerja di Australia bagi menutup aktiviti bawah tanahnya.

Walau bagaimanapun, muslihat itu dapat dihidu pihak berkuasa berikutan dia melanggar pas lawatan sosial dan ditahan oleh pegawai Imigresen Australia pada 28 Disember.

Dia telah dihantar pulang ke Malaysia pada malam Rabu dan pegawai Cawangan Khas Bahagian Anti Pengganas Bukit Aman telah menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Manakala sepasang suami isteri yang turut dikaitkan dengan kumpulan ini ditahan pada 7 Januari sebaik sahaja tiba dari sana.

Sumber mendedahkan bahawa lelaki itu, yang berasal dari Selangor, telah ditangkap apabila mendarat pada kira-kira pukul 6 petang hari Khamis.

Penangkapan ketiga-tiga mereka ini telah membawa kepada 54 orang lagi sejak Februari lepas.

Mereka yang ditahan termasuk kakitangan awam, anggota tentera laut dan tentera udara serta pegawai bertugas dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Seorang bekas pelatih Khidmat Negara, bersama dengan beberapa pelajar universiti swasta dan awam, adalah antara tangkapan terbaru yang dibuat.

IS Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain