suria

Lelaki Malaysia Bawa 3,999 Pil Erimin-5 Ditangkap di Tuas

SINGAPURA: Seorang lelaki Malaysia berumur 27 tahun ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Rabu kerana didapati membawa 3,999 pil Erimin-5.

Dalam siaran media pada Khamis, Biro Narkotik Pusat (CNA) menyatakan pada kira-kira 7.30 malam, lelaki itu yang memandu kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia, ditahan pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) dalam pemeriksaan rutin di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Hasil pemeriksaan, pegawai ICA menjumpai satu bungkusan politena hitam tersembunyi di belakang ruang sarung tangan kenderaan itu lalu menghubungi CNB.

Pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu menemukan tiga lagi bungkusan politena hitam yang disembunyikan di belakang ruang sarung tangan.

Semua bungkusan itu kemudian didapati mengandungi sejumlah 3,999 pil Erimin-5 dengan nilai jalanan kira-kira S$28,000.

Siasatan diteruskan.
pil erimin-5, Tuas

Artikel Berikut

Artikel Lain