suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalan Travers Kini Dikenali Jalan Rakyat - Najib

Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Laluan sepanjang 300 meter meliputi Jalan Travers yang terletak di hadapan menara berkembar Bank Rakyat kini dikenali sebagai Jalan Rakyat.

Pertukaran nama laluan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersempena perasmian bangunan menara berkembar bank tersebut di sini Khamis.

Jalan Rakyat membabitkan persimpangan Jalan Tun Sambanthan hingga ke persimpangan Jalan Bangsar dan Jalan Travers.

Naib berkata, pencapaian Bank Rakyat sejak ia ditubuhkan 60 tahun lalu amat memberangsangkan, menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Hakikat bahawa Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2 bilion sejak 2011, jelas menunjukkan prestasi bank tersebut," katanya pada majlis perasmian itu.


Artikel Lain