AirAsia QZ8501: Misi Pencarian Disambung Dengan Kapal Lebih Besar - Semasa | mStar

AirAsia QZ8501: Misi Pencarian Disambung Dengan Kapal Lebih Besar

JAKARTA: Operasi pencarian pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia memasuki hari kelima hari ini dengan Agensi SAR Nasional (BASARNAS) mengerahkan kapal melawan ombak, KN SAR Purworejo 101 yang mampu mengharungi ombak setinggi tiga meter ke lokasi pencarian.

KN SAR Purworejo 101 dilapor bersiap-siap untuk berlayar ke lokasi pencarian dari Pelabuhan Kumai, Kalimantan Tengah, bagi menggantikan kapal KN SAR 224 yang berukuran lebih kecil.

"Kapal ini akan belayar dua-duanya," kata Komandan Pasukan Khas BASARNAS, Charles Batlajery di Pelabuhan Kumai.


Kapal SAR Purworejo akan membawa puluhan penyelam BASARNAS ke lokasi pencarian hari ini dan mereka akan akan dibantu oleh 40 penyelam Tentera Laut Indonesia (TNI AL).

"Akan ada tambahan penyelam dari tiga lagi BASARNAS iaitu Aceh, Pontianak dan Pasukan Khas ini," katanya.

Tumpuan pasukan BASARNAS adalah melakukan penyelaman di zon yang sudah ditentukan selepas operasi penyelaman tertunda semalam disebabkan gelombang setinggi tiga meter.
AirAsia Indonesia , QZ8501 , BASARNAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain