Jabatan Meteorologi Nafi Ribut Kuat Di Seluruh Negara - Semasa | mStar

Jabatan Meteorologi Nafi Ribut Kuat Di Seluruh Negara

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan sebarang khabar angin berkaitan amaran ribut kuat di seluruh negara yang disebarkan melalui aplikasi whatsapp dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

Jabatan itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, perkara tersebut adalah tidak benar.

Ia berkata, maklumat sahih berkenaan amaran atau nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia boleh diperolehi melalui laman web www.met.gov.my dan Facebook www.facebook.com/malaysiamet serta Twitter www.twitter.com/malaysianmet.

"Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam sehari," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi yang dikemasini setakat 12.14 tengah hari Rabu, tiada amaran angin kencang atau laut bergelora.

Antara khabar angin yang tersebar meluas adalah mengenai pengumuman ribut kuat melanda Lembah Klang pada pukul 12 tengah malam Selasa, dengan menasihatkan penduduk berada di dalam rumah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.



Jabatan Meteorologi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa