suria

Anwar Nafi Setuju Laksana GST

Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan. 


Anwar berkata, disebabkan wujudnya bantahan pada ketika itu, GST tidak pernah dilaksanakan ketika era beliau mengetuai perbendaharaan negara. 

Sebaliknya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan pelaksanaan GST itu sebagai 'tidak jujur dan mengelirukan'.

"Di Parlimen saya nyatakan dengan jelas GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan. 

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, tiada ketirisan dan mengelakkan daripada berlakunya rasuah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata,  beliau turut menekankan agar GST perlu dilaksanakan pada tahap yang rendah di peringkat awal.

Pada sesi taklimat GST Rabu lalu, Najib dilaporkan berkata, beliau bukanlah menteri kewangan pertama yang mengusulkan GST, sebaliknya Anwar adalah menteri pertama yang berbuat demikian.

Najib dipetik sebagai berkata,  Anwar pernah mengumumkan pada Bajet 1992 bahawa GST akan diperkenalkan pada tahun berikutnya.

GST akan diperkenalkan pada 1 April tahun depan dan telah ditetapkan pada jkadar enam peratus, bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan semasa.

Anwar, Najib, GST

Artikel Lain