suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satelit Measat-3b Berjaya Dilancar Hari Ini

Pelajar antara yang menyaksikan siaran langsung pelancaran satelit terbaharu Malaysia, Measat-3b di Pusat Sains Negara pada Jumaat.
KOUROU (French Guaina): Satelit terbaharu Malaysia Measat-3b berjaya dilancarkan di Pusat Angkasa Lepas Eropah di sini pada 7.05 malam, waktu tempatan, hamis (6.05 pagi waktu Malaysia, Jumaat).


Satelit komunikasi bernilai US$350 juta (RM1.12 bilion) itu dilancarkan dalam cuaca panas tropika bertujuan untuk meningkatkan kapasiti satelit Measat Satellite System Sdn Bhd.

Pelancaran itu turut disaksikan sekumpulan pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sektor swasta termasuk rakan perniagaan utama Measat Global Berhad (Measat) serta empat pelajar sekolah Menengah dari Terengganu.

Dengan pelancaran ini, Measat kini mempunyai enam satelit di orbit.

Perbezaan waktu antara French Guaina dan Malaysia adalah 11 jam.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain