suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ebola: Tiada Cadangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia - Hamzah

KUALA LUMPUR: Buat masa ini masih belum ada cadangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari negara terjejas wabak virus Ebola di Afrika Barat iaitu Nigeria, Liberia, Guinea dan Sierra Leone, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, kementerian ketika ini sedang memantau situasi di negara-negara berkenaan.

Tambahnya kerajaan juga masih belum bercadang menutup sementara waktu pejabat perwakilan negara di Nigeria dan Guinea.

Malaysia tidak mempunyai pejabat perwakilan di Sierra Leone dan Liberia.

"Apabila timbul keperluan membawa rakyat kita pulang secepat mungkin maka kita akan berbuat demikian," katanya selepas menyampaikan ucaptama forum "Growing Together: ASEAN at 47", di sini, Jumaat.

Hamzah berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara terbabit untuk menghalang penularan virus itu di Malaysia.

Menurut laman sesawang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 4 Ogos 1,711 kes ebola dikesan di Nigeria, Liberia, Guinea dan Sierra Leone, termasuk 932 kematian.

Ebola adalah sejenis penyakit berjangkit yang tersebar menerusi hubungan langsung cecair badan dan tisu mereka yang dijangkiti.

Simptomnya termasuk demam teruk, muntah, cirit-birit dan kegagalan buah pinggang dan hati.


Ebola, Datuk Hamzah Zainudin

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia