Pengawal Keselamatan Ditahan Dipercayai Rogol Anak Saudara - Semasa | mStar

Pengawal Keselamatan Ditahan Dipercayai Rogol Anak Saudara

MIRI: Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 58 tahun selepas disyaki merogol anak saudaranya yang berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh guru mangsa pada pukul 7.30 pagi Isnin.

Kanak-kanak itu yang juga murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di Batu Niah, dipercayai tinggal dengan suspek sejak berusia lapan tahun selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya pula bekerja di Bintulu, kata Gan kepada Bernama di sini Selasa.

Katanya guru terbabit membuat laporan polis selepas kanak-kanak berkenaan mengadu perbuatan bapa saudaranya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak itu dirogol, katanya.
rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser