PKR Seret Media Desak Khalid Letak Jawatan - Semasa | mStar

PKR Seret Media Desak Khalid Letak Jawatan

Abdul Khalid

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima tekanan dari dalam partinya sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Kali ini, strategi pihak terbabit semakin terdesak apabila menyebarkan maklumat palsu dengan mengaitkan pihak media kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat perletakkan jawatannya.

Mesej yang disebarkan kepada pihak media sejak tengah malam Ahad.

Mesej palsu berkenaan mula tersebar secara meluas sejak tengah malam Ahad termasuk oleh anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mendakwa kononnya menerima maklumat daripada wakil media mengenai hasrat Abdul Khalid itu.

Turut dimuatkan dalam mesej itu ialah kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor pada pukul 9 pagi, Isnin dan sidang media mengenainya akan diadakan selepas itu.

Bagaimanapun Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan maklumat berkenaan.

Mesej palsu menggunakan singkatan Bernama mengenai dakwaan Abdul Khalid meletak jawatan.

Sementara itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dikesan turut menjadi mangsa agenda politik pihak tidak bertanggungjawab apabila nama agensi itu digunakan untuk menyebar berita palsu mengenai perletakan jawatan Abdul Khalid.


Menerusi mesej dua perenggan yang dihantar menggunakan singkatan 'Bernama' dihujungnya, penyebar turut mendakwa kononnya Sultan Selangor memperkenan Exco PAS, Iskandar Abdul Samad untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.

Bernama menerusi Twitternya bagaimanapun menafikan maklumat tersebut.

Penafian Bernama menerusi Twitter mengenai penyebaran mesej palsu.

Berikutan itu sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) akan membuat laporan polis terhadap penyebaran laporan palsu membabitkan Abdul Khalid itu.

Pengerusi Penaja PASMEB, Mazli Saring berkata, laporan polis itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Sejak beberapa bulan lalu Abdul Khalid menerima tekanan, termasuk daripada pemimpin PKR sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat 'langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Abdul Khalid Ibrahim , PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain