suria

Menteri Pengangkutan Baharu Dijangka Umum Hari Ini

Najib Tun Razak.

PUTRAJAYA: Khabar angin bahawa Menteri Pengangkutan akan diumumkan pada Rabu tersebar selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Media dimaklumkan bahawa Najib akan mengadakan satu sidang media di Bangunan Perdana Putra.

Beliau kini sedang mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan dan rombakan turut dijangka diumumkan.

Pada Selasa, Najib yang merasmikan terminal KLIA2, memberi bayangan bahawa Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menjalankan tugas rasmi terakhirnya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan.

Artikel Lain