suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadar Zakat Fitrah Di Selangor, Kelantan Kekal RM7

-Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar bayaran zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor dan Kelantan pada tahun ini kekal RM7.

Di SHAH ALAM, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik 2,477 ketua dan penolong amil fitrah bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah sepanjang Ramadan ini. 

"LZS turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi. Bayaran akan ditolak terus dari akaun pengeluar zakat bagi pengguna pascabayar dan prabayar tanpa sebarang caj," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Mohamad Adzib berkata LZS menyasarkan kutipan zakat fitrah RM20 juta tahun ini.

Di KOTA BAHARU, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Datuk Yusof Ismail berkata sebanyak 611 amil dilantik untuk mengutip zakat fitrah.

"Kutipan zakat fitrah tahun ini dijangkakan RM8 juta berbanding RM7.9 juta tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Lain