KL Mahu Syria Sah Dakwaan Penglibatan Rakyat Malaysia Dalam Keganasan - Semasa | mStar

KL Mahu Syria Sah Dakwaan Penglibatan Rakyat Malaysia Dalam Keganasan

Ahmad Tarmimi Maliki dikatakan menjadi rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani mati di Iraq.
KUALA LUMPUR: Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Ia menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.

Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.

Ia juga mendakwa bahawa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan juga telah meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.

Dakwaan itu dilaporkan dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media pada 18 Jun.
ISIL , Wisma Putra , kecam , keganasan

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel