suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kawasan Carian Baharu MH370 Diumum Khamis

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
SEPANG: Kawasan carian baharu untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac akan didedahkan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Beliau berkata Australia akan bertindak membuat pengumuman tersebut. 

"Selepas perbincangan dengan rakan-rakan kerjasama dari Australia dan China, kita akan membuat pengumuman mengenai kawasan baharu carian pada Khamis. 

"Ini adalah sesuatu yang telah kita lakukan sambil mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar dari seluruh dunia.

"Ia merupakan satu perbincangan dan pengumuman itu akan dilakukan dengan persetujuan ketiga-tiga negara, Australia, China dan Malaysia," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Terminal KLIA2 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa.
MH370, lokasi baharu carian

Artikel Lain