Bekas Pembantu Peribadi Teresa Kok Dakwa Ada Bukti Penyelewengan - Semasa | mStar

Bekas Pembantu Peribadi Teresa Kok Dakwa Ada Bukti Penyelewengan

Ketua Biro Salah Guna Kuasa, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Tony Tan Chee Chong (kanan) menyerahkan memorandum kepada wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chu Yoon Ming supaya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dipecat kerana salah guna kuasa dan rasuah di Ibu Pejabat Parti DAP, Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Tony Tan Chee Chong pada Isnin berkata satu lagi dakwaan penyelewengan anggota Parlimen Seputeh itu telah dilaporkan kepada polis pada 10 Jun lepas.

Ia berupa tindakan Kok yang dikatakan telah mengeluarkan lima keping cek berjumlah RM117,230 tanpa kebenaran mesyuarat jawatankuasa perhubungan kawasan Parlimen (PLC).

Tan dalam sidang media di sini pada Isnin, berkata laporan polis itu dibuat oleh bekas DAP yang dipecat Mei lepas, Danny Leong Eng Tiom, dan mereka telah pun menyerahkan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Leong sebelum ini disaman RM10 juta oleh Kok kerana mempertikaikan pengurusan dana awam dan dana DAP, sementara Tan pula keluar parti pada 2007, kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin DAP.

Tan dan Leong turut membuat laporan kepada SPRM pada Februari lepas mengenai dakwaan penyelewengan dana yang diurus oleh Kok.

Tan mendakwa pemimpin tertinggi DAP bersikap bongkak apabila mengambil tindakan memecat mana-mana anggota yang menegur kelemahan mereka sehingga berlaku ketidaktelusan dalam kepimpinan parti.

Beliau memberi contoh pemecatan keanggotaan dan kes saman terhadap Leong oleh Kok. 

Tan juga mendakwa mempunyai dokumen lengkap bukti penyelewengan Kok dan telah menyerahkannya kepada SPRM pada Februari lepas.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao yang turut hadir mendesak Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya memandang serius dan memecat Kok berhubung isu dakwaan ketidaktelusan Kok dalam memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Teresa Kok , Tony Tan Chee Chong

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain