Lesen Bunkering, Borong Minyak Di Jeti Persendirian Batal Serta-Merta - Semasa | mStar

Lesen Bunkering, Borong Minyak Di Jeti Persendirian Batal Serta-Merta

Hasan Malek.

PUTRAJAYA: Lesen bunkering (penyaluran minyak ke kapal) dan lesen borong minyak petrol dan diesel di jeti-jeti persendirian dibatalkan serta merta, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, keputusan itu diharapkan dapat mengekang aktiviti penyelewengan petrol dan diesel, khususnya yang beroperasi di jeti-jeti persendirian.

Selain itu, beliau berkata, KPDNKK juga akan menggantung lesen stesen minyak yang didapati terlibat dalam penyelewengan bahan api itu.

"Syarikat minyak akan mengambil alih sementara operasi stesen minyak yang digantung lesen sehingga siasatan selesai untuk memastikan bekalan tidak terjejas di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat-syarikat minyak mengenai isu penyelewengan bahan petroleum bersubsidi di sini, Selasa.

Pada Isnin, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata, permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol dan pembukaan stesen minyak baharu semua jenama dibekukan selama enam bulan mulai Selasa sehingga Disember ini.

Selain itu, Hasan berkata KPDNKK akan meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan bahan api bersubsidi. 

"Kami berpendapat penalti RM100,000 untuk kesalahan pertama adalah terlalu kecil. Selain itu, soal rampasan, membekukan akaun antara perkara yang akan dipinda di bawah akta ini. 

"Saya sudah mengarahkan pihak berkaitan dengan undang-undang termasuk Peguam Negara supaya melihat semula akta ini boleh dikuatkuasakan," katanya. 

Mengenai Ops Titik, Hasan berkata operasi yang dilancarkan pada 15 Mei lalu berjaya menangani isu kehabisan stok di stesen minyak di seluruh negara dengan ketara.

Sehingga 8 Jun, beliau berkata sebanyak 124 kes bersabit dengan penyelewengan bahan api bersubsidi berjaya ditumpaskan dengan jumlah sitaan RM5.39 juta.

Sementara itu, seorang wakil syarikat minyak yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata, pihak mereka akan akur dengan keputusan kerajaan.

Artikel Sebelum

DAP Bantah Hudud Di Selangor

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA