Perkembangan Semasa Politik Terengganu - Semasa | mStar

Perkembangan Semasa Politik Terengganu

Wisma Darul Iman.

BERIKUT adalah perkembangan terkini pergolakan politik Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu:

14 Mei 2014: Ahmad Razif dijangka mengadakan perjumpaan dengan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu.

14 Mei 2014: Ahmad Razif yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar yang baharu mengesahkan tiada pembubaran DUN Terengganu ekoran BN kini mempunyai majoriti 16 kerusi termasuk satu kerusi Speaker. Pecahan kerusi terkini ialah 15+1(Speaker):15:2.

13 Mei 2014: Adun Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

13 Mei 2014: PAS Terengganu pada mesyuarat khasnya mendesak supaya DUN dibubarkan untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

13 Mei 2014: Tiga Adun BN Terengganu iaitu Datuk Mohd Jidin Shafee (Permaisuri), Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit) dan Muhammad Pehimi Yusof (Jertih) dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 4 petang.

13 Mei 2014: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mengadakan sidang media khas pada pukul 5 petang bagi memaklumkan mengenai pendirian parti itu berhubung situasi politik di negeri itu.

13 Mei 2014: PAS Terengganu mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan krisis politik negeri berkenaan.

13 Mei 2014: Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan keluar dari Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

13 Mei 2014: Adun Ajil, Ghazali Taib turut mengisytiharkan keluar dar Umno dan kedua-dua Ahmad dan Ghazali menjadi wakil rakyat Bebas bagi DUN kawasan Kijal dan Ajil.

12 Mei 2014: Hanya beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai MB, Ahmad kemudiannya mengumumkan keluar dari Umno.

12 Mei 2014: Ahmad Razif dilantik sebagai MB Terengganu yang baharu dan mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin

12 Mei 2014: Ahmad meletak jawatan sebagai MB Terengganu.

7 Mei 2014: Dilaporkan Putrajaya meminta dua Adun di Terengganu iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim  Wan Mokhtar diminta  'bersiap sedia' untuk menggantikan Ahmad sebagai MB Terengganu yang baharu.

19 Mei 2013: Kira-kira dua minggu selepas PRU-13, Ahmad menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun.

5 Mei 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tempoh selama setahun kepada Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk memegang jawatan itu selepas negeri tersebut menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.


Status terkini kedudukan kerusi DUN Terengganu:

Barisan Nasional (BN) - 14

Pakatan Rakyat - 15 (PAS - 14, PKR - 1)

Bebas - 3

Jumlah kerusi DUN Terengganu: 32

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain