Penyokong Pemuliharaan Malaysia Menang 'Oskar Hijau' - Semasa | mStar

Penyokong Pemuliharaan Malaysia Menang 'Oskar Hijau'

Dr Melvin Gumal (kiri) mengetuai pasukan pengkaji merentasi sebuah sungai di lokasi projek orang utan di Taman Negara Batang Ai di Sarawak.

PETALING JAYA: Seorang penyokong pemuliharaan yang dikenali kerana usahanya dalam membantu menyelamatkan orang utan di Malaysia memenangi Anugerah Whitley, dan merupakan rakyat Malaysia pertama mendapat pengiktirafan tersebut.

Dr Melvin Gumal diberikan penghormatan menerusi Anugerah Whitley untuk Pemuliharaan dalam Habitat Mawas pada satu majlis khas di Royal Geographical Society di United Kingdom pada malam Khamis.

Anugerah tersebut merupakan majlis antarabangsa yang bertujuan untuk memberi penghormatan kepada usaha-usaha pemuliharaan terbaik dunia.

"Saya begitu terharu, dan teruja untuk rakan-rakan pencalonan yang lain," kata Dr Gumal kepada The Star menerusi aplikasi WhatsApp, sebelum majlis berlangsung.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada keluarganya, Jabatan Perhutanan Sarawak, Perbadanan Perhutanan, Borneo Adventure dan beberapa penyumbang seperti Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat dan lain-lain atas sokongan mereka.

Beliau turut menerima wang tunai 35,000 pound (RM192,168) di mana ia akan digunakan untuk kerja-kerja di lapangan.

Penyokong pemuliharaan jangka panjang dan pakar biologi, Dr Gurmal dipilih di kalangan lebih 170 pakar di seluruh negara untuk diberikan anugerah itu. 

The Star sebelum ini melaporkan beliau merupakan salah seorang daripada lapan calon akhir yang akan merebut anugerah itu, yang dikenali sebagai Oskar Hijau.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain