MH370: Kawasan Carian Lebih Spesifik - Semasa | mStar

MH370: Kawasan Carian Lebih Spesifik

Kapal milik Australia mengisi minyak sebelum meneruskan usaha pencarian pesawat MH370.

PERTH: Usaha mengesan isyarat 'ping' dari kotak hitam pesawat Pernerbangan Malaysia (MAS) MH370 telah diperkecilkan di kawasan lebih spesifik  di Selatan Lautan Hindi.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston berkata, dengan mengecilkan kawasan pencarian itu, pihaknya berharap bangkai pesawat berkenaan akan ditemui dalam tempoh terdekat kerana kotak hitam tidak lagi dapat menghantar isyarat ping akibat kehabisan bateri.

Menurutnya, kawasan carian di barat Australia yang menjadi tumpuan ketika ini ialah seluas 57,923 kilometer persegi,u kurang  20,000 kilometer persegi jika dibanding dengan kawasan carian pada Rabu.

Bagaimanapun, kapal Ocean Ship milik Australia masih memberi tumpuan dikawasan isyarat ping dikesan sebelum ini yang terletak kira-kira 1,400 kilometer dari Perth.

"Tiada serpihan pesawat yang ditemui setakat ini walaupun satelit berjaya merakam beratus serpihan di laut.

"Daripada ratusan serpihan itu, hanya beberapa objek yang berjaya ditemui oleh pasukan carian dan sesuatu yang boleh dikatikan dengan MH370 masih belum diperolehi," katanya.

Pada Rabu, isyarat ping yang dikeluarkan oleh kotak hitam didakwa semakin lemah dan kerja pencarian perlu digandakan sebelum baterinya kehabisan.

Pesawat MH370  yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Bejing hilang dari radar sejak 8 Mac lalu dan disahkan berakhir di Lautan Hindi.



MH370 , MAS , Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Remaja Dipukul Empat Lelaki Sehingga Mati

Artikel Berkaitan

MH370: ROV Akan Ganti AUV?

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain