DBKL Tak Terima Permohonan Penganjur Parti Liar - Datuk Bandar - Semasa | mStar

DBKL Tak Terima Permohonan Penganjur Parti Liar - Datuk Bandar

Datuk Seri Ahmad Phesal Talib
Ahmad Phesal Talib.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah menerima permohonan daripada penganjur untuk mengadakan parti liar 'Topless Friday Beach Party' Jumaat ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau berkata sekiranya dimohon sekalipun, pihaknya tidak akan meluluskan sebarang program yang berunsur parti liar seperti itu di negara ini.

"Kita tak pernah lulus (permohonan)...Kita akan bagi surat tunjuk sebab kepada dia (penganjur) dan dia perlu jawab kenapa lesen mereka tak boleh ditarik.

"Dalam masa seminggu, jika mereka tak balas surat tunjuk sebab itu, kita akan ambil tindakan untuk batalkan lesen kelab itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa malam.

Beliau berkata pada ketika ini, pihak penganjur telah diarah membuang semua poster bagi tujuan promosi parti berkenaan.

Parti itu dijadualkan berlangsung Jumaat ini bermula pukul 8 malam di sebuah kelab malam di Jalan Ampang dan meminta kaum wanita memakai bikini atau yang lebih seksi manakala kaum lelaki diminta memakai seluar pendek sahaja.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Nor Azman Muhamad Yusuf yang dihubungi berkata, polis akan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur jika parti itu diteruskan.

"Ia dibuat secara haram memandangkan pihak DBKL tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan. Kita tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur sekiranya mereka berdegil untuk meneruskan parti itu," katanya.

Nor Azman berkata, polis menerima maklumat mengenai penganjuran parti itu pada Isnin daripada orang ramai yang melihat iklan parti itu tersebar secara meluas dalam laman sosial sejak beberapa hari lepas.

"Setelah menerima maklumat dari orang ramai, kita terus menyiasat secara terperinci berkenaan pesta itu dan memanjangkannya kepada pihak DBKL," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia