suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Terbakar, Pemandu Warga Asing Hilangkan Diri

GEORGE TOWN: Sebuah Proton Saga hangus terbakar selepas pemandunya seorang warga asing merempuh tiang elektrik di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini malam Ahad. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ismail Idris berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, pemandu tersebut dan rakan wanitanya menghilangkan diri sejurus kejadian itu.

"Kita masih menyiasat motif mereka melarikan diri dan status kenderaan itu," katanya ketika dihubungi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata lebih 80 peratus bahagian kereta itu didapati musnah dijilat api ketika pasukan bomba tiba pada pukul 11.37 malam. 

Beliau berkata enam anggota serta sebuah jentera berjaya mengawal api dalam masa 10 minit.

Punca kebakaran masih disiasat.

Artikel Lain