Australia Teliti Setiap Petunjuk, Pasukan Carian Bergerak Ke Utara - TPM Australia - Semasa | mStar

Australia Teliti Setiap Petunjuk, Pasukan Carian Bergerak Ke Utara - TPM Australia

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss ketika mengadakan sidang media mengenai misi carian MH370 di pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) baru-baru ini. -fotoAFP
MELBOURNE: Pencarian objek kemungkinan dari pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH370 yang hilang diperluas berikutan satelit Perancis memberi petunjuk baharu, lapor agensi berita Australian Associated Press.

Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan pada Ahad ia telah menerima gambar kemungkinan objek dari pesawat daripada pihak berkuasa Perancis, yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa Australia yang mengetuai pencarian pesawat di selatan Lautan Hindi.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata lokasi imej satelit Perancis berbeza sama sekali daripada yang dikeluarkan pihak China dan Australia, yang menjadi fokus utama pencarian.

Imej Perancis memfokus di kawasan kira-kira 850 kilometer utara dari kawasan pencarian sekarang, 2,500 kilometer barat daya Perth, Truss memberitahu ABC Radio pagi ini.

"Ia bukan di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat paling tepat pesawat memasuki laut.

"Tetapi dengan berkata begitu, kami perlu memeriksa semua pilihan. Kami hanya, saya agak, memegang kepada apa sahaja maklumat yang ada untuk cuba mencari satu tempat di mana kami mungkin boleh menumpukan usaha kami," katanya.

Peta kawasan carian pada Isnin yang diambil dari laman web ABC News.


Australia mengetuai operasi mencari kesan pesawat pada Ahad yang belum berhasil, kata Truss.

Beliau turut memberi amaran tentang keadaan cuaca yang merosot di zon pencarian dan kemungkinan Taufan Tropika Gillian, yang dijangka kira-kira 1,000 kilometer utara di kawasan pencarian.

"Jelas, ia tidak akan bergelora di kawasan yang kita sedang kendalikan pencarian. Tetapi sudah tentu, ia akan menyebabklan keadaan cuaca yang kurang elok," katanya.

Warren Truss , Perancis , MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?