MH370: Ahmad Zahid Nafi Laporan Pegawai DCA Disiasat - Semasa | mStar

MH370: Ahmad Zahid Nafi Laporan Pegawai DCA Disiasat

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
JOHOR BAHRU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan yang mendakwa 40 pegawai dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) disiasat berikutan kehilangan MH370.

Menurut Dr Ahmad Zahid pada Isnin, polis hanya menyoal pegawai-pegawai DCA berhubung perkara itu.

"Polis mahu melihat jika mereka boleh mendapatkan apa-apa maklumat tambahan daripada pegawai-pegawai DCA dan mereka (pegawai DCA) bukan disiasat," katanya selepas melawat Ibu Pejabat Polis daerah Seri Alam di sini.

Dr Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar harian Melayu pada Ahad yang mendakwa 40 pegawai DCA yang bertugas sejak MH370 hilang pada 8 Mac berada di bawah siasatan polis. Laporan itu memetik sumber.

Dr Ahmad Zahid berkata, media tempatan dan asing perlu memahami prosedur penyiasatan standard yang dijalankan oleh pihak polis.

"Kami menyoal pegawai-pegawai DCA untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan harapan dapat membantu siasatan yang sedang dijalankan.


"Saya tidak mahu DCA dipandang dari sudut negatif dan saya berharap ini akan menjelaskan perkara itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain