suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TLDM, TUDM Cari Pesawat Hilang Di Koridor Selatan - Hishammuddin

Hishammuddin Hussein.
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditugaskan mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang dengan mengerah aset mereka di kawasan koridor selatan, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin.

Koridor selatan menjangkau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi, manakala koridor utara pula dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand.

Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan, berkata jumlah negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini meningkat daripada 14 kepada 26 buah.

Negara berkenaan adalah Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Vietnam.

"Kementerian Luar telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara di sepanjang koridor utara dan selatan serta semua negara yang kita memohon bantuan," kata Hishammuddin.

Artikel Lain